Jumaat, 28 Februari 2020

MESYUARAT JAPIM BIL.2 / 2020


Mesyuarat JAPIM Bilangan 2 / 2020 telah diadakan pada pada pagi Jumaat, 28 Februari 2020 di Bilik Mesyuarat 1, Bangunan Pentadbiran IPGKPT.  Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan, Dr. Haji Muhammad Haji Nordin berlangsung selama lebih dua jam.  



Ahad, 16 Februari 2020

Smart Huffaz 2020

Selain Bengkel Tarannum, bulan Februari 2020 turut diisi dengan program Smart Huffaz. Program yang julung-julung kali diadakan ini menyasarkan para hafiz dan hafizah yang ingin mengulang kembali hafazan mereka. Meskipun jumlah hafiz dan hafizah dalam kalangan para pelajar Major PI tidak melebihi 10 peratus, namun program dwimingguan ini berjaya menarik 40 orang pelajar yang bersedia memberikan komitmen mereka dalam hafazan al-Quran. JAPIM telah melantik Ustaz Shahir dari SMKA Dato Abu Hasan Sail, Pedas sebagai tenaga pembimbing.




Sabtu, 15 Februari 2020

Bengkel Tarannum 2020

Pada 14-15 Februari 2020, JAPIM IPGKPT telah mengadakan Bengkel Tarannum 2020 yang bertempat di Dewan Kuliah IPGKPT. Bengkel ini dibimbing oleh qari terkenal, Ustaz Mohd Rafi Abbas. Para peserta bengkel dua hari ini merupakan para pelajar PPISMP Major Pendidikan Islam yang sedang mengambil kursus PIM1054 Pengajian Tarannum dan Qiraat.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Adzli Ismail dan Ustaz Khairullah Mokhtar yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program tersebut. Tidak dilupakan, terima kasih juga atas iltizam yang tinggi daripada warga Kelas PAI5 selaku urusetia bengkel.



Jumaat, 14 Februari 2020

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan AJK Kelab As-Syakirin 2020

Pada jam 7.30 pagi, Jumaat, 14 Februari 2020, telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan AJK Kelab As-Syakirin 2020. Majlis yang diadakan di Surau As-Syakirin telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPGKPT, Dr. Nordin Abu Bakar.

Tahniah kepada para pelajar yang dilantik dalam pemilihan untuk memimpin Kelab As-Syakirin bagi tahun ini. Kelab As-Syakirin kini dipimpin oleh Saudara Shahiran Mohd Din selaku Pengerusi. Moga Kelab As-Syakirin sentiasa proaktif dan komited dalam mengimarahkan program-program berunsur kerohanian dan bermanfaat untuk seluruh warga IPGKPT.




Jumaat, 3 Januari 2020

MESYUARAT JAPIM BIL 1 / 2020

Alhamdulillah.

Mesyuarat JAPIM Bilangan 1 / 2020 telah diadakan pada 3 Januari 2020 di Bilik Mesyuarat 2, Bangunan Pentadbiran IPGKPT.  Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan, Dr. Haji Muhammad Haji Nordin berlangsung selama dua jam.

Pada tahun 2019, anggota JAPIM berjumlah 9 orang sahaja. Walau bagaimanapun, pada tahun 2020, JAPIM mendapat 4 orang lagi anggota baharu iaitu  Ustaz Zaimuddin Hussien (sebelumnya JHEP), Ustazah Noor Aziah Mohd Noor (JHEP), Dr. Gazilah Mohd Isa (JKA), dan Dr. Shasitaran RK (JKA).  Jumlah terkini ahli JAPIM adalah 13 orang termasuk seorang Ketua Jabatan.

Mesyuarat bersetuju melantik Ustaz Adzli Ismail sebagai Ketua Unit Kanan JAPIM. Sementara Ustazah Tengku Nor Husna Tengku Jamil dan Ustazah Noor Aziah Mohd Noor dilantik sebagai Setiausaha dan Bendahari JAPIM yang baharu.

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum. 
Kullu 'aam wa antum bi alfi khayr.


Ceramah Perdana Pendidikan Moral