Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. IPG Kampus Pendidikan Teknik. Bandar Enstek. Negeri Sembilan.
Jumaat, 28 Februari 2020
Ahad, 16 Februari 2020
Smart Huffaz 2020
Selain Bengkel Tarannum, bulan Februari 2020 turut diisi dengan program Smart Huffaz. Program yang julung-julung kali diadakan ini menyasarkan para hafiz dan hafizah yang ingin mengulang kembali hafazan mereka. Meskipun jumlah hafiz dan hafizah dalam kalangan para pelajar Major PI tidak melebihi 10 peratus, namun program dwimingguan ini berjaya menarik 40 orang pelajar yang bersedia memberikan komitmen mereka dalam hafazan al-Quran. JAPIM telah melantik Ustaz Shahir dari SMKA Dato Abu Hasan Sail, Pedas sebagai tenaga pembimbing.
Sabtu, 15 Februari 2020
Bengkel Tarannum 2020
Pada 14-15 Februari 2020, JAPIM IPGKPT telah mengadakan Bengkel Tarannum 2020 yang bertempat di Dewan Kuliah IPGKPT. Bengkel ini dibimbing oleh qari terkenal, Ustaz Mohd Rafi Abbas. Para peserta bengkel dua hari ini merupakan para pelajar PPISMP Major Pendidikan Islam yang sedang mengambil kursus PIM1054 Pengajian Tarannum dan Qiraat.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Adzli Ismail dan Ustaz Khairullah Mokhtar yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program tersebut. Tidak dilupakan, terima kasih juga atas iltizam yang tinggi daripada warga Kelas PAI5 selaku urusetia bengkel.

Jumaat, 14 Februari 2020
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan AJK Kelab As-Syakirin 2020
Pada jam 7.30 pagi, Jumaat, 14 Februari 2020, telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan AJK Kelab As-Syakirin 2020. Majlis yang diadakan di Surau As-Syakirin telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPGKPT, Dr. Nordin Abu Bakar.
Tahniah kepada para pelajar yang dilantik dalam pemilihan untuk memimpin Kelab As-Syakirin bagi tahun ini. Kelab As-Syakirin kini dipimpin oleh Saudara Shahiran Mohd Din selaku Pengerusi. Moga Kelab As-Syakirin sentiasa proaktif dan komited dalam mengimarahkan program-program berunsur kerohanian dan bermanfaat untuk seluruh warga IPGKPT.

Langgan:
Catatan (Atom)
-
Program Sepetang Bersama Penulis Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman menampilkan Prof. Dr Muhd Kamil Ibrahim selaku penulis sekaligus pen...