Isnin, 24 Jun 2019

PEMBAHAGIAN KELAS PI DAN MENTOR

Setelah mengikuti Minggu Silaturrahim selama seminggu, akhirnya para pelajar Major Pendidikan Islam (PI) diasingkan berdasarkan kelas masing-masing. Sebanyak enam kelas diperuntukkan bagi menempatkan 150 orang pelajar Major PI. Setiap kelas mengandungi 25 orang pelajar. Dan setiap kelas juga 'dikurniakan' seorang mentor dalam kalangan pensyarah JAPIM.


Kelas: PI1. Mentor: Ustazah Sh Nabilatul Huda Syed Abdullah

Kelas: PI2. Mentor: Ustazah Sarimah Mokhtar
Kelas: PI3. Mentor: Ustaz Khairullah Mokhtar
Kelas: PI4. Mentor: Ustazah Jariyati Jahri



Kelas: PI5. Mentor: Ustaz Adzli Ismail
Kelas: PI6. Mentor: Dr. Mohamad Yazid Abdul Majid



Selasa, 18 Jun 2019

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PPISMP AMBILAN JUN 2019

Tanggal 17  Jun 2019 menjadi sejarah penting apabila kampus IPG Kampus Pendidikan Teknik menerima kemasukan seramai 450 pelajar baharu PPISMP Ambilan Jun 2019.  Alhamdulillah, JAPIM IPGKPT buat pertama kali menerima pelajar Major Pendidikan Islam seramai 150 orang yang akan ditempatkan di enam buah kelas.

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.








Jumaat, 15 Februari 2019

Program Guru Idaman Rasulullah Siri 3

Program Guru Idaman Rasulullah Siri 3 berlangsung di Dewan Kuliah IPGKPT. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zaidi Ramli, Pengarah JHEAINS.


Isnin, 1 Oktober 2018

Sepetang Bersama Penulis Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman

Program Sepetang Bersama Penulis Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman menampilkan Prof. Dr Muhd Kamil Ibrahim selaku penulis sekaligus penceramah.  Ceramah Prof tetap memikat seperti mana bukunya juga yang sering menyentap hati pembaca. Sejak lebih sedekad yang lalu, Prof tidak pernah letih berceramah tentang solat berjemaah dan qiyamullail! Isterinya, Puan Roza Roslan yang juga merupakan penulis terkenal turut hadir mengiringi.







Jumaat, 10 Ogos 2018

Bengkel Penulisan Travelog 2018

Bengkel Penulisan Travelog 2018 lancar. Terima kasih kepada Pengarah IPGKPT, Dr. Yazid Abdul Manap yang sudi hadir dan merasmikan penutupan bengkel anjuran bersama JAPIM IPGKPT dan Fakulti Pendidikan KUIS ini. Sekarang, menjadi cabaran kepada para peserta bengkel pula untuk menyiapkan draf dan menghantar manuskrip karya travelognya kepada sidang editor antologi.





Rabu, 23 Mei 2018

Bengkel Pedagogi Terkini PAK21 Pendidikan Islam

Bengkel Pedagogi Terkini PAK21 Pendidikan Islam telah diadakan pada 21-22 Mei 2018 di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Negeri Sembilan. Bengkel yang julung kali dianjurkan oleh JAPIM ini mendapat kerjasama JHEAINS. Para peserta terdiri daripada 25 guru KAFA daerah Seremban.

Para peserta dan fasilitator bergambar seusai bengkel.

Puan Anisah dari JIP IPGKPT sedang memberikan ceramah berkaitan PAK21.
Guru-guru KAFA meberikan komitmen yang tinggi ketika sesi bengkel.


Ceramah Perdana Pendidikan Moral