Isnin, 5 Ogos 2019

BEDAH BUKU BERSAMA PENULIS

Pada 3 Ogos 2019, JAPIM telah menganjurkan sebuah program Bedah Buku Bersama Penulis yang menampilkan pasangan Dr. Abdul Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin.  Pasangan suami isteri yang gigih ini merupakan penulis prolifik buku-buku ilmiah berkaitan ilmu-ilmu Islam dan sering diundang berceramah ke seluruh pelosok tanah air.

Bertepatan dengan kursus PIM1014 Pengajian al-Quran dan al-Hadis  dan PIM1024 Pengantar Akidah yang diambil oleh para pelajar PPISMP Major Pendidikan Islam pada semester ini, justeru pasangan penulis prolifik ini didatangkan khas bagi membedah sendiri buku mereka yang bertajuk Pengajian Ilmu Hadis dan Pengantar Ilmu Akidah.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi menjayakan program - terutamanya kelas PI6 yang telah diberikan amanah sebagai urusetia.

Moga program bedah buku sebegini dapat memberi ilmu dan manfaat kepada semua.



Ceramah Perdana Pendidikan Moral